PENGAJIAN MALAYSIA
PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA DAN SEMANGAT KEBANGSAAN
PENDAHULUAN
Pergerakan kesedaran baru dalam kalangan orang Melayu yang
berkembang selaras dengan perkembangan akhbar bermula awal kurun ke-20.Melalui
akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang perkembangan di
Tanah Melayu dan di negara luar. Penyebaran maklumat dari luar negara seperti
kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia Tenggaara,
seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran tentang
pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh kaum
pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran
dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera
negara ini.Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih
untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang
berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan
pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka. Akhbar dan
majalah banyak memberikan peranan terhadap penyebaran idea-idea semangat
kabangsaan serta membantu tanah melayu dalam mencapai kemerdekaan.Banyak
isu-isu yang dibangkitkkan oleh akhbar-akhbar berkenaan untuk menuntut hak
orang melayu pada waktu itu.
ABSTRAK
Kajian ini dibuat untuk memahami peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea dan semangat kebangsaan. Akhbar dan majalah adalah medium para pejuang kemerdekaan untuk menyebarkan idealogi dan membangkitkan semangat rakyat untuk menentang penjajahan kuasa asing. Pejuang kemerdekaan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyebarkan idealogi dalam penentangan penjajahan yang telah lama bertapak di bumi tanah melayu.Seterusnya kajian ini dibuat untuk mengkaji dan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dan majalah tersebut. Kajian ini akan membincangkan kesan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dan majalah dari segi social,ekonomi dan politik dalam masyarakat. Selain itu kajian ini dibuatadalah untuk membincangkan tokoh-tokoh serta individu yang terlibat secara tidak langsung dalam peranan akhbar dan majalah tersebut. Tokoh-tokohtersebut berperanan sebagai suara menyeru dan menanam idea kepada masyarakat dalam membangkitkan semangat cintakan tanah air. Kajian ini dibuat dengan menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data dalam kajian ini.Data yang diperolehi dibuat dengan menggunakan borang kaji selidik kepada beberapa responden.
OBJEKTIF KAJIAN
KAJIAN KAMI MEMBINCANGKAN BEBERAPA OBJEKTIF ANTARANYA
1 ) Mengenal pasti
akhbar-akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan.
2 ) Mengkaji dan
mengalisis kesan-kesan/isu-isu yang dibawa oleh majalah dan akhbar tersebut
3 ) Membincangkan
tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan idealogi semangat kebangsaan
melalui akhbar dan majalah
MENGENALPASTI
AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERLIBAT DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA SEMANGAT KEBANGSAANTerdapat beberapa akhbar yang terlibat dalam memperjuangkan
idea dan semangat kebangsaan.Akhbar ini beperanan dalam meyebarkan idea-idea
kepada masyarakat tanah melayu.Ini juga
temasuk beberapa majalah yang beperanan yang samaantaranya ialah - Lembaga Melayu
(1914-1931) di Singapura - Pengasuh
(1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan - Majalah Guru
(1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - Al-Ikhwan
(1926-1931) di Pulau Pinang - Saudara (1928-1941)
di Pulau Pinang - Fajar Sarawak
(1930) di Sarawak
a) Akhbar Warta
Malaya; - diterbitkan di Singapura - pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn
Jaafar - menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi
orang Melayu - mendesak orang Melayu diberikan lebih
banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan b) Akhbar Majlis; - diterbitkan di Kuala Lumpur - pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai - mendedahkan kelemahan dasar British
yang mengancam kedudukan orang Melayu - dianggap akhbar yang berani c) Akhbar Utusan
Melayu; - diterbitkan di Singapura - pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai - menggesa orang Melayu meningkatkan
taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan
tanah air
1.2 OBJEKTIF KAJIAN 2
MENGKAJI DAN
MENGALISIS KESAN-KESAN/ISU-ISU YANG DIBAWA OLEH AKBAR DAN MAJALAH TERSEBUT— Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
— Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
— Meningkatkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
— Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
— Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
— Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
— Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat.
— Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan.
— Menggalakan perniagaan dalam kalangan orang Melayu.
— Melarangkan orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
— Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
— Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
-Mengkritik para pembesar dan Raja-raja Melayu kerana tidak meaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat.
—Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
— Menuntut diadakan Malay Administrative Service(M.S.A) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhimatan kerajaan.
—Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
- Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.
Kesimpulan
1.3
OBJEKTIF KAJIAN 3
MEMBINCANGKAN TOKOH-TOKOH
YANG TERLIBAT
a) Abdul
Rahim Kajai
- seorang nasionalis yang
berjuang melalui bidang kewartawanan
- digelar Bapa Kewartawanan
Melayu
- menjadi Ketua Pengarang
akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan
Melayu
BIODATA:
Abdul Rahim Haji Salim-[1894]] - 5 Disember 1943
Selangor
Meninggal dunia -5 Disember 1943 (umur 49)
Warganegara
Nama lain- Abdul Rahim Kajai
Pekerjaan-penulis
Terkenal kerana- Bapa Kewartawanan Melayu.
Agama- Islam
Ibu bapa- Haji Salim
b)SYED SHEIKH AHMAD
AL-HADI (22 November 1867 - 20 Februari 1934)
-
Salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan
pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an
- Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan
Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23
Julai 1906 di Singapura
- Pada tahun 1927,beliau membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang
merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam
Hasil penulisannya termasuk:-
1.Hikayat Faridah Hanum, 1925
2.Anak dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
3.Hikayat setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.
4.Rokombul dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.
c)ZAINAL ABIDIN AHMAD
-juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir
Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an.
- Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi.
Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan
orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus
peperiksaan pada 1915.
BIODATA:
-NAMA- ZAINAL ABIDIN AHMAD
-TARIKH LAHIR-16 SEPTEMBER 1895
-MENINGGAL DUNIA-23 OKTOBER 1973(UMUR 78)
-NAMA LAIN-ZA’BA
-AGAMA-ISLAM
METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah
kajian bagi menyempurnakan kajian kami ke atas tajuk “Peranan akhbar dan
majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Antaranya ialah
KAEDAH
KEPERPUSTAKAAN;
I. MELAYARI INTERNET
Melalui kajian ini, kami telah mencari maklumat mengenai
peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan.Banyak
maklumat telah kami peroleh melalui kaedah tersebut.
Kami telah memuat turun dan mencetak bahagian berkenaan
untuk kami gunakan dalam kajian kami.
II. KAEDAH
PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Kajian ini menggunakan kajian penyelidikan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan dengan tajuk “Peranan akhbar dan majalah dan idea-idea
memperjuangkan semangat kebangsaan”.Maklumat-maklumat ini diperoleh melalui
akhbar, buku-buku da journal.
KAEDAH
LAPANGAN;
I. KAJIAN LAPANGAN
Sepanjang kajian ini, kami juga telah menggunakan kaedah
lapangan. Kaedah lapangan yang kami gunakan ialah:-
Ø Soal Selidik.
Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15
responden untuk menjalankan sesi pengetahuan kepada individu terhadap
perjuangan dan idea-idea semangat kebangsaan melaui akhbar dan majalah.
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa
kepentingan sama ada kepada penyelidikan atau pihak-pihak yang
terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam
memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan.Oleh itu,
kajian ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan
dalam diri, masyarakat dan negara.
Ø Kepentingan kepada Individu
Kajian ini dijalankan untuk menanamkan sifat patriotisme
dalam diri setiap individu. Justeru itu, dapat memupuk dan menyemai semangat
kebangsaan dalam diri secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan cinta
akan negara.
Ø
Kepentingan kepada Masyarakat
Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat.Oleh itu, dapat menyemarakkan konsep
perpaduan dalam pelbagai kaum di negara ini.Masyarakat yang terdiri dari
pelbagai lapisan masyarakat berbeza agama,bangsa dan budaya dapat disatukan
dalam kehormonian.
Ø Kepentingan kepada Negara
Kajian ini dijalankan untuk memahami implikasi terhadap Negara
dari segi social, ekonomi dan politik. Negara telah mencapi kemerdekaan selama
58 tahun mengkaji dapatkah ia membantu negara
ke arah kemajuan dari segi ekonomi dan membawa kestabilan keatas keselamatan Negara.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan
kajian menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar PNS dalam idea-idea
semangat patriotism dan mengenal pasti program-program yang dapat membantu dan
memupuk semangat cinta akan negarandi kalangan masyarakat dan juga dapat
membantu pelajar mengenali tokoh-tokoh yang terlibat dan jasa tokoh-tokoh
terbabit dalam aktiviti memperjuangkan tanah air. Ia juga dapat membantu
golongan pelajar memahami aspek penting peranan akhbar dan majalah secara lebih
terperinci
|
Bahagian B :
Mengenal pasti akhbar dan
majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea dan semangat kebangsaan.
|
![]() |
|
BAHAGIAN C :
Mengetahui jasa-jasa dan
usaha tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan semangat kebangsaan
dalam bidang penulisan.
|

Kesimpulannya, peranan akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesedaran
orang Melayu amat jelas. Isu-isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik yang
disiarkan menyebabkan pembaca mendapat
idea baru dan pendedahan tetang gerakan nasionalisme di luar dan di
dalam negara. Mereka dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan terhadap
kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik.
Apa yang kami dapat nyatakan ialah
penting untuk memahami dan mengetahui tentang kewujudan akhbar dan majalah di
tanah air suatu ketika dahulu. Selain itu, kemunculan akhbar dan majalah dapat
membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai penceritaan yang tersendiri.
Dengan pemahaman ini, maka dapatlah generasi seterusnya mengetahui dan memahami cara-cara idea-idea patriotisme disebarkan dalam memperjuangkan
semangat kebangsaan. Masyarakat juga dapat mengetahui peranan akhbar dan
majalah dalam membangkitkan semangat kebangsaan.Selain itu, orang ramai dapat
mengetahui akhbar dan majalah yang terlibat dalam membangkitkan semangat
kebangsaan.
Cadangan saya kepada penyelidik serta pengkaji supaya menggunakan kajian
ini sebagai rujukan agar dapat meneruskan kajian dengan lebih teliti. Saya juga
berharap kajian ini dapat membantu serba sedikit untuk melaksanan kajian pada
masa akan datang. Saya juga mencadangkan kepada para pelajar untuk menjadika
kajian ini sebagai bahan pembelajaran ini kerana isi kandungan dalm kajian
dapat membantu pelajar mentelaah pelajaran.
Sekian terima kasih.
LAMPIRAN

(BORANG SOAL SELIDIK)

(MAJALAH GURU)

(MAJALAH PENGASUH)

(AKHBAR UTUSAN MELAYU)

(AKHBAR MAJLIS)

(MAJALAH PELITA BAHASA)
TOKOH AKHBAR

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
(ZA’BA)
Zainal
Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895. Beliau dikenali sebagai
Za’ba. Beliau merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu. Berdasarkan
pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan seorang cendekiawan
Melayu yang dihormati dan selama hamper 40 tahun aktif dalam kegiatan penulisan
termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku
sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Za’ba menerima pendidikan awalnya si sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung
pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu
pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Kebanyakan hasil penulisnnya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan
majalah-majalah seperti Melayu Utusan, Lembaga Melayu, Pengasuh dan Pakar
Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam Bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu
Mengarang.
TOKOH MAJALAH BULAN MELAYU

